KUALA LUMPUR, 16 Sept -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat kawasan di Pahang antaranya melibatkan perkampungan Orang Asli yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan sehingga 1 Okt, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.
Perkampungan Orang Asli di Temerloh yang terlibat ialah Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong manakala satu lagi lokaliti membabitkan Penjara Penor di Kuantan.
Selain itu Rodzi memaklumkan PKPD di beberapa kawasan di Sabah, Kelantan dan Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
Di Sabah ia melibatkan Taman Keramat dan Angkasa Apartment di Kota Kinabalu manakala Kelantan membabitkan dua perkampungan Orang Asli Pos Blau di Gua Musang iaitu Kampung Blau serta Kampung Batang.
Bagi negeri Pahang pula ia melibatkan Rumah Kongsi Pinggiran Goh di Kuantan dan Sempalit, Mukim Gali di Raub.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial