SHAH ALAM, 16 Sept -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah bahawa Malaysia akan mampu menempuhi apa jua masalah dan dugaan yang mendatang sekiranya rakyat terus meraikan kepelbagaian serta mengukuhkan persefahaman.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini sempena sambutan Hari Malaysia, baginda turut bertitah menyeru rakyat tidak mengira agama, kaum dan bangsa agar terus bersatu padu ke arah membina negara bangsa yang maju serta hidup dalam suasana aman dan harmoni.
Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda mahu setiap rakyat berusaha menyemai semangat patriotisme dan sentiasa merasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang tercinta.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial