EKONOMI

MoU Kerajaan-PH positif untuk kestabilan politik, pembaharuan institusi - CGS-CIMB

15/09/2021 12:40 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept  -- CGS-CIMB Securities amat yakin dengan potensi serta impak terhadap pasaran susulan persefahaman yang telah dicapai antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

"Kami positif dengan pemeteraian MoU itu kerana ia dapat menjuruskan kepada kestabilan politik, dan sekiranya dilaksanakan, memungkinkan reformasi parlimen dan institusi yang sememangnya positif kepada negara dalam tempoh sederhana dan panjang.

"Ini juga merupakan petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 tidak mungkin diadakan sebelum 31 Julai 2022," kata firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah MoU itu, kerajaan telah menjanjikan beberapa pembaharuan dan jangka waktu untuk mencapainya sementara PH pula bersetuju untuk tidak menggunakan suara undi bagi menyekat Bajet 2022 sekiranya pembaharuan berjalan mengikut jadual.

Kerajaan turut bersetuju dengan desakan PH untuk suntikan fiskal RM45 bilion bagi memerangi pandemik COVID-19, termasuk dana tambahan untuk sistem penjagaan kesihatan, bantuan tambahan bagi mereka yang rentan dan sokongan untuk perniagaan.

Kerajaan juga akan mengusahakan pengecualian bayaran faedah moratorium pinjaman bank bagi tempoh tiga bulan suku keempat tahun ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan