AM

INCEIF lantik Azman Mokhtar sebagai pengerusi Lembaga Pengarah

15/09/2021 12:07 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept -- Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) telah melantik Tan Sri Azman Mokhtar sebagai pengerusi Lembaga Pengarah INCEIF, berkuat kuasa 21 Jun, 2021.

Dalam satu kenyataan di sini, INCEIF berkata Azman mengambil alih tanggungjawab ini daripada  Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunos yang telah mengundur diri selepas memegang jawatan tersebut sejak 11 Dis, 2018.

"INCEIF mengucapkan terima kasih kepada Datuk Nor Shamsiah di atas semua jasa dan
sumbangan beliau sepanjang bertugas selama tiga tahun sebagai Pengerusi
Lembaga Pengarah INCEIF. Melalui kepimpinan dan panduan beliau, INCEIF telah membangun dengan baik dan mencapai kejayaan dalam pelbagai segi," tambah kenyataan itu.

 INCEIF juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli lembaga pengarah Timbalan Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour yang akan bersara pada masa yang sama.

Azman yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah INCEIF pada Dis 2020 mempunyai karier yang mengagumkan dalam bidang perkhidmatan awam dan dunia korporat, terutama sebagai Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd dari Jun 2004 sehingga Julai 2018.

“Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang kewangan, perniagaan dan ekonomi yang akan dimanfaatkan untuk memimpin lembaga pengarah INCEIF selain kredibiliti yang dihormati oleh komuniti perniagaan di Malaysia, antarabangsa serta pihak berkepentingan utama INCEIF.

"’Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Tan Sri Azman, ahli lembaga pengarah dan semua pihak di INCEIF dalam memimpin hala tuju universiti ini di masa akan datang,” ujar Nor Shamsiah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan