KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Kes baharu COVID-19 dalam negara terus menurun untuk empat hari berturut-turut dengan sebanyak 15,669 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari ini.
Menerusi hantaran di Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini melepasi angka dua juta iaitu 2,011,440.
Selangor kembali menjadi negeri tertinggi merekodkan kes dengan 2,632 kes hari ini, disusuli oleh Sarawak (1,983) dan Johor (1,974).
Sabah pula mencatatkan kes harian keempat tertinggi dengan 1,784, diikuti Pulau Pinang (1,651), Kelantan (1,406) dan Kedah (1,207).
Negeri-negeri lain merekodkan kes harian baharu di bawah empat angka iaitu Perak (856), Pahang (763), Terengganu (483), Kuala Lumpur (411), Melaka (329), Negeri Sembilan (143), Perlis (30), Putrajaya (14) dan Labuan (tiga).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial