EKONOMI

Platform Rumah-i tawar penyelesaian kepada pasaran penyewaan hartanah

01/09/2021 11:15 PM

KUALA LUMPUR, 1 Sept  -- Platform penyewaan rumah, Rumah-i, menawarkan perkhidmatan pengurusan hartanah yang komprehensif, termasuk penyenaraian hartanah, janji temu meninjau hartanah dan ciri-ciri lain yang berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Bryan Tan dalam satu kenyataan hari ini berkata antara lain, dengan melihat pasaran sewa semasa, cabaran yang dihadapi oleh penyewa dan pemilik rumah tetap tidak dapat diselesaikan dan platform itu boleh membantu mengurangkan penipuan dalam proses penyewaan rumah, kerana ia membolehkan pemilik rumah menilai kredibiliti penyewa.

"Penyewaan digital Rumah-i dapat mengurangkan kes penipuan secara drastik kerana simpanan penyewa akan diletakkan sementara di bawah akaun Rumah-i sebelum penyewaan ditandatangani dan pemilik rumah dapat menilai kredibiliti penyewa semasa proses penyewaan," katanya.

Beliau berkata platform penyewaan rumah yang pertama di pasaran itu menggunakan teknologi Electronic Know-Your-Customer (e-KYC) seperti pengecaman wajah dan pengesahan identiti.

e-KYC merupakan teknologi keselamatan dan pengesahan tanpa kertas yang digunakan untuk mengesahkan identiti pengguna bagi sebarang transaksi digital.

“Penyewaan digital kami adalah yang pertama di pasaran yang mematuhi Akta Tandatangan Digital 1997 dengan terlibat dengan pihak berkuasa perakuan berlesen untuk mengesahkan tandatangan digital kami. Kami juga menjadi yang pertama melaksanakan tandatangan di hujung jari untuk menggantikan cara konvensional tandatangan secara tulisan tangan,” katanya sambil menambah syarikat itu akan terus melabur dalam inovasi untuk memperkenalkan instrumen baharu kepada pasaran.

Tan berkata Rumah-i menyediakan percubaan percuma bagi perkhidmatan penyewaan digitalnya dan menawarkan pengguna diskaun RM99 untuk perkhidmatan penyewaan digital Rumah-i, yang boleh dituntut dengan menaip kod promo ‘rentwithrumahi’.

Aplikasi Rumah-i boleh dimuat turun di Google Playstore (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.app.rumahi&hl=en&gl=US) atau aplikasi Apple Store (https://apps.apple.com/my/app/rumah-i/id1545736171).  

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://rent.rumah-i.com/.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan