AM

Pengguna air Pulau Pinang digalak bayar bil guna myPBA

26/08/2021 06:19 PM

GEORGE TOWN, 26 Ogos  -- Pengguna air di Pulau Pinang digalakkan menggunakan aplikasi telefon myPBA atau portal web myPBA bagi melunaskan bil air mereka tanpa sebarang bayaran transaksi tambahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)  Datuk Jaseni Maidinsa menerusi kenyataan berkata PBAPP menyerap caj bayaran transaksi sebanyak 60 sen yang sebelum ini ditanggung oleh pengguna air.

Beliau berkata berikutan pandemik COVID-19, PBAPP menggalakkan pembayaran secara dalam talian melalui e-perbankan atau kad kredit menggunakan aplikasi atau portal web yang dianggap pilihan terbaik dan paling selamat kepada setiap orang.

“Pelanggan dengan peranti iOS atau Android boleh memuat turun aplikasi myPBA menerusi Apple App Store atau Google Play Store di telefon masing-masing, manakala mereka yang lebih suka menggunakan komputer peribadi boleh layari https://mypbaportal.pba.com.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, aplikasi dan portal web myPBA membolehkan orang ramai menyemak dan membayar untuk beberapa akaun air dengan hanya satu pendaftaran e-mel.

Katanya, aplikasi itu juga membolehkan pengguna membuat laporan mengenai masalah bekalan air, melihat keberkesanan kapasiti di tiga empangan utama Pulau Pinang secara dalam talian, mengakses senarai tukang paip yang berdaftar dan mencari pusat khidmat pelanggan PBAPP terdekat jika mereka memerlukan bantuan.

"Sementara itu, di portal web myPBA pengguna dapat menyemak dan memuat turun enam bil air terakhir mereka, selain melihat trend penggunaan air untuk enam bil terakhir dan mengesan kembali penyata akaun air mereka hingga 2018," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan