AM

Banjir Yan: Dua disahkan maut, satu masih hilang

19/08/2021 12:32 AM

YAN, 18 Ogos -- Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata setakat ini dua mangsa disahkan maut, manakala seorang masih hilang dalam kejadian banjir ekoran fenomena kepala air petang tadi.

Katanya, kedua-dua mangsa itu yang belum dikenal pasti identiti ditemui di Kampung Setol dan Gunung Jerai. Beliau bagaimana pun tidak memaklumkan waktu kedua-dua mangsa ditemui.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dalam kejadian ini masih dijalankan oleh jabatan dan agensi yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata, beberapa jalan di kawasan Gurun dan Merbok di daerah itu ditutup berikutan banjir antaranya termasuk Jalan Gurun-Guar Chempedak dan Jalan Semeling-Merbok.

“Pada pukul 3.30 petang tadi, daerah Kuala Muda telah menerima hujan lebat yang melibatkan kawasan Gurun dan Merbok. Hujan berterusan selama tiga jam itu telah menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dan pemantauan serta bantuan sedang giat dijalankan oleh beberapa agensi penguatkuasa,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan