Oleh Mohd Shukri Ishak
JAKARTA, 17 Ogos -- Indonesia meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-76 secara ringkas hari ini ketika republik itu masih merekodkan peningkatan berterusan kes-kes COVID-19.
Bertemakan "Indonesia Tangguh, Indonesia Tumbuh" (Tough Indonesia, Growing Indonesia), upacara sambutan di Istana Merdeka, Jakarta diadakan dengan protokol kesihatan yang ketat sama seperti tahun lepas.
Indonesia kini mencatatkan lebih 3.8 juta kes positif COVID-19 dan lebih 118,000 kematian.
"Kehadiran tokoh-tokoh pemimpin politik, menteri-menteri Kabinet Indonesia dan tetamu kehormat negara, adalah secara maya.
Menurut Kementerian Sekretariat Negara, lebih 40,000 peserta berdaftar menerusi laman https://pandang.istanapresiden.go.id bagi mengikuti upacara sambutan berkenaan secara maya dan turut disiarkan secara langsung oleh televisyen tempatan.
Hanya 67 individu termasuk Presiden Indonesia Joko Widodo yang hadir menyertai sambutan di Istana Merdeka.
Upacara bermula pukul 10 pagi waktu Indonesia barat dengan pembacaan Proklamasi Kemerdekaan oleh Ketua Dewan Perwakilan Rakyat (Parlimen Indonesia) Puan Maharani, dan upacara menaikkan bendera Merah Putih.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial