KUALA LUMPUR, 14 Ogos -- Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah menambah baik pelan internet pelajarnya yang kini dikenali sebagai Pakej Data Khas Belia dengan memberikan akses tanpa had ke dua aplikasi media sosial popular, TikTok dan Instagram.
Dalam satu kenyataan hari ini, Digi berkata pelan yang sebelum ini hanya dibuka kepada pelajar kini boleh dilanggani oleh semua belia berusia antara 12 hingga 24 tahun.
Dengan Pakej Data Khas Belia ini, pelanggan boleh mendapat sambungan internet berkelajuan tinggi 15GB, akses tanpa had selama 30 hari ke TikTok dan Instagram dengan hanya RM20 sebulan.
Pelan itu kini tersedia untuk masa terhad sehingga 31 Okt, 2021 dan pelanggan Digi sedia ada boleh membelinya dengan mudah melalui aplikasi MyDigi atau dengan mendail *123#.
Manakala pelanggan baharu pula boleh mendaftar untuk pelan berkenaan melalui Digi Store, Digi Store Online atau daripada mana-mana pengedar sah Digi.
Maklumat lanjut mengenai pelan ini boleh didapati di https://www.digi.com.my/shop/prepaid-plans/pakej-data-khas-belia/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial