SUKAN

Pelari AS McLaughlin pecah rekod dunia 400m lari berpagar wanita

04/08/2021 01:28 PM

TOKYO, 4 Ogos -- Pelari Amerika Syarikat, Sydney McLaughlin memecahkan rekod dunia acara 400 meter lari berpagar wanita sekali gus merangkul pingat emas di kejohanan Olimpik Tokyo pada Rabu.

McLaughlin menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 51.46 saat, 0.44 saat lebih pantas berbanding rekod lama miliknya yang dicatatnya pada 27 Jun, lapor Agensi Berita Xinhua.

Rakan senegaranya, Dalilah Muhammad memperoleh pingat perak dan memperbaiki catatan peribadinya, 51.58 saat.

Sementara itu, Femke Bol dari Belanda meraih gangsa dengan catatan masa 52.03 saat.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan