EKONOMI

Kerjaya Prospek peroleh kontrak pembinaan bernilai RM139.0 juta

30/07/2021 03:31 PM

KUALA LUMPUR, 30 Julai  -- Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) berjaya memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM139.0 juta daripada Damansara Peak Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Eastern and Oriental Bhd (E&O).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Kerjaya berkata kontrak itu melibatkan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja substruktur, kerja-kerja pembinaan bangunan utama dan semua kerja luaran yang berkaitan bagi cadangan pembinaan 54 unit vila tiga tingkat di Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Kontrak itu dijangka bermula pada 1 Sept, 2021 dan disiapkan dalam tempoh 36 bulan, katanya.

“Ini adalah kontrak keempat yang diperoleh Kerjaya bagi tahun ini, menjadikan kontrak yang dimenangi sehingga kini kepada RM523.5 juta.

“Jumlah nilai perolehan kontrak (yang belum dijelaskan) Kerjaya kini ialah kira-kira RM3.4 bilion,” katanya sambil menambah kontrak baharu itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan dari 2021 hingga 2024.

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Datuk Tee Eng Ho berkata kontrak terbaharu yang diperolehi itu juga dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan untuk Kerjaya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Saya optimis pemberian vaksin yang cepat akan membantu ekonomi pulih secara beransur-ansur dan kami akan mempunyai lebih banyak tambahan projek,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan