AM

Keselamatan, ketenteraman negara terkawal - KPN

30/07/2021 10:48 AM

KUALA LUMPUR, 30 Julai  -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa situasi keselamatan dan ketenteraman awam negara berada pada tahap terkawal.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata orang ramai diminta tidak gusar kerana PDRM akan mempertingkat pemantauan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.

“Orang ramai juga dinasihat agar sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha bersama untuk membendung penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan