EKONOMI

Kejora sumbang RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor 

29/07/2021 11:41 AM

JOHOR BAHRU, 28 Julai  -- Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) hari ini menyumbang sebanyak RM500,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor dalam usahanya bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusinya Datuk Che Zakaria Mohd Salleh kepada Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad bertempat di Pejabat Menteri Besar Johor.

Dalam satu kenyataan hari ini, Che Zakaria berkata sumbangan itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) lembaga itu bagi membantu dan memberi manfaat kepada lebih ramai pihak yang memerlukan.

Sepanjang tahun ini, KEJORA telah melaksanakan sebanyak 13 inisiatif program sumbangan dan outreach vaksinisasi COVID-19 Wilayah KEJORA melibatkan peruntukan berjumlah RM889,150 dengan 8,168 penerima manfaat seperti Program Penyampaian Baucar COVID-19, Program Back To School, Program Sumbangan Bakul Makanan, Program outreach daftar vaksin COVID-19, Free Ride To Vac dan pelbagai lagi.

Beliau berkata KEJORA akan terus komited dalam membantu membangunkan agenda modal insan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Johor Tenggara.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan