BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 Malaysia pada 1.16 hari ini - KP Kesihatan

28/07/2021 11:53 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai  -- Kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-naught) di Malaysia menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan angka 1.16 hari ini berbanding 1.14 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Facebooknya, berkata Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Kelantan (1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (1.25).

Sembilan lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.04 hingga 1.22 iaitu Sarawak, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Kedah.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan