TOKYO, 27 Julai -- Pasukan gimnastik Amerika Syarikat (AS) mengesahkan Simone Biles menarik diri daripada saingan berpasukan wanita di temasya Olimpik Tokyo.
"Simone Biles telah menarik diri atas faktor perubatan. Dia akan dipantau setiap hari untuk memastikan sama ada dia boleh bertanding untuk pertandingan yang lain," kata pasukan AS dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Xinhua.
Biles, 24, dijadual bersaing dalam beberapa lagi acara hujung minggu ini.
Beliau atlet wanita pertama yang berjaya mara peringkat akhir untuk keenam-enam acara di kejohanan Olimpik sejak 1992.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial