KOTA BHARU, 27 Julai -- Ketiadaan tiga pemain utama akibat kecederaan menyebabkan persiapan Kelantan FC menentang PDRM FC dalam Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV esok, agak tempang.
Ketua jurulatih Kelantan FC Marco Ragini berkata pasukannya akan membawa cabaran sukar tanpa tiga pemain berkenaan, lebih-lebih lagi PDRM FC dikatakan mempunyai motivasi tinggi selepas menewaskan Kelantan United (KUFC) minggu lepas.
“Penyerang Jack Hindle, pemain pertahanan Muhammad Ghaffar Abdul Rahman dan penjaga gol Muhammad Asfa Mohd Abidin adalah pemain yang disahkan tidak dapat beraksi esok. Tanpa tiga pemain ini saya perlu menukar taktikal pasukan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kelantan FC berada pada kedudukan keempat dalam carta liga dengan 18 mata selepas 12 perlawanan.
Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Itali itu berkata beliau melihat prestasi PDRM FC menentang KUFC Ahad lepas menunjukkan mereka bermain dengan baik selama 80 minit.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial