AM

Bomba Perak selamatkan kanak-kanak terperangkap dalam kereta

27/07/2021 12:38 PM

IPOH, 27 Julai -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berjaya menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki yang terperangkap di dalam kereta di sebuah stesen pam minyak di Chemor di sini pagi tadi.

Jurucakap jabatan itu berkata pihaknya menerima maklumat mengenai insiden menimpa mangsa Harith Nazhan Nazrul Sukri yang berusia dua tahun itu pada 10 pagi.

“Kami segera mengerahkan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan untuk kerja-kerja menyelamat.

“Ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan keluar dari kereta jenis Perodua Bezza untuk mengisi minyak kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba kemudian membuka pintu kereta berkenaan menggunakan peralatan khas dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan setelah terperangkap selama 10 minit.

Katanya, mangsa terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu manakala operasi tamat pada 10.28 pagi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan