DUNIA

Sembilan pelancong maut akibat tanah runtuh di utara India

26/07/2021 12:35 PM

NEW DELHI, 26 Julai  -- Sekurang-kurangnya sembilan pelancong terbunuh dan tiga yang lain cedera selepas bongkah batu menghempap kenderaan dinaiki mereka dalam satu kejadian tanah runtuh di utara India pada Ahad, lapor Agensi Berita Anadolu. 

 Kejadian berlaku di daerah Kinnaur, wilayah Himachal Pradesh, kira-kira 600 kilometer dari ibu negara New Delhi.

Ketua polis Kinnaur, Saju Ram Rana berkata, "sembilan orang terkorban dalam kejadian itu."

Menurut laporan, ketika kejadian rombongan itu dalam perjalanan ke kawasan pelancongan Chitkul.

Perdana Menteri Narendra Modi, mengucapkan takziah, dan mengumumkan pampasan buat keluarga mangsa, menurut Pejabat Perdana Menteri.

 -- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan