BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 EKONOMI

Saham Sapura Energy meningkat pada awal dagangan

22/07/2021 11:22 AM

KUALA LUMPUR, 22 Julai  -- Saham Sapura Energy Bhd meningkat semasa awal dagangan pada Khamis selepas syarikat itu mengumumkan pemerolehan tujuh kontrak dan lanjutan di Malaysia dan Thailand dengan nilai keseluruhan RM1.2 bilion.

Pada 10.18 pagi, Sapura Energy naik setengah sen kepada 13 sen, dengan 10.13 juta saham bertukar tangan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu menjelaskan kontrak berkenaan adalah bagi segmen kejuruteraan dan pembinaan, operasi dan penyelenggaraan serta penggerudian, menjadikan andaian nilai perolehan kontrak baharu dalam tangan berjumlah RM6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Jan, 2022.

Menerusi nota penyelidikan pada Khamis, AmInvestment Bank menjangkakan jumlah nilai perolehan kontrak dalam tangan syarikat itu boleh meningkat sebanyak 10 peratus kepada RM13 bilion, yang mungkin meningkatkan lagi nilai bidaannya daripada RM53 bilion pada masa ini.

Bank pelaburan itu menambah, Sapura Energy juga sedang mencari projek prospektif bernilai sehingga RM93 bilion.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan