AM

Jumlah pemberian vaksin lebih 15 juta dos setakat Rabu - Dr Adham

22/07/2021 10:36 AM

KUALA LUMPUR, 22 Julai  -- Jumlah pemberian vaksin COVID-19 kini 15,517,866 dos suntikan di seluruh negara setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau memaklumkan sebanyak 446,052 dos vaksin diberikan hingga 11.59 malam tadi, merangkumi 282,980 individu menerima suntikan pertama manakala 163,072 penerima dos kedua.

“Perkembangan baharu itu menjadikan jumlah terkini individu lengkap dua dos vaksin sebanyak  4,932,981 iaitu 15.1 peratus, populasi rakyat negara ini,” katanya.

Labuan kekal negeri yang mencatatkan peratusan penduduk dewasa lengkap dua dos vaksinasi tertinggi dengan 68 peratus, diikuti Sarawak (49.4 peratus), Perlis (36.5 peratus), Lembah Klang (22.7 peratus) dan Negeri Sembilan (21.8 peratus).

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan