BEIJING, 21 Julai -- Lima bandar di China iaitu Shanghai, Beijing, Guangzhou, Tianjin dan Chongqing dipilih menjadi perintis untuk program pembangunan pusat perbelanjaan antarabangsa, menurut Kementerian Perdagangan (MOC).
Pengarah Pusat Kerjasama Ekonomi Serantau di bawah MOC, Zhang Jianping berkata, pasaran pengguna di China semakin luas dan pasaran runcit muncul sebagai yang terbesar dunia.
Menurutnya, pemilihan itu berdasarkan tahap keterbukaan dan kuasa beli serta daya tarikan yang tinggi di lima bandar berkenaan.
Selain menghimpunkan produk dan perkhidmatan berkualiti serata dunia, pusat perbelanjaan berkenaan juga berperanan untuk membangunkan jenama tempatan.
Zhang menambah, program rintis itu amat bermakna bagi mewujudkan paradigma pembangunan baharu, menjana ekonomi berkualiti selain memenuhi aspirasi rakyat untuk kehidupan lebih baik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial