KUANTAN, 19 Julai -- Semua acara dan sambutan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-62 pada 30 Julai ini ditangguhkan selaras dengan situasi pandemik COVID-19.
Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Sultan Pahang bertitah supaya acara dan sambutan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka ditangguhkan.
Al-Sultan Abdullah bertitah pengecualian hanya diberikan bagi penganjuran majlis kesyukuran dan doa selamat yang boleh dianjurkan secara maya.
"Seri Paduka juga bertitah supaya tiada ucapan sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan baginda diterbitkan di media cetak atau papan iklan.
"Sebaliknya, ia boleh dibuat secara dalam talian di laman web jabatan, syarikat atau mana-mana medium yang tidak melibatkan sebarang kos," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sallehuddin berkata Seri Paduka menitahkan supaya peruntukan bagi menerbitkan ucapan itu sebaiknya disalurkan kepada tabung yang disediakan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial