AM

Sabah masih benarkan makan di restoran - Ketua Menteri

10/07/2021 02:17 PM

KOTA KINABALU, 10 Julai -- Kerajaan Sabah mengekalkan keputusan untuk membenarkan aktiviti makan di restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata keputusan kerajaan negeri berhubung is berkenaan telah dilaksanakan pada 29 Jun lepas, dan kini masih kekal tidak berubah ketika pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini adalah pendirian kami,” kata Hajiji dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Sabah beralih ke Fasa Dua PPN, mulai hari ini.

PPN terbahagi kepada empat fasa dengan Fasa Satu menetapkan prosedur operasi standard (SOP) paling ketat dalam kawalan pergerakan orang ramai untuk mengekang penularan COVID-19, manakala SOP dalam Fasa Empat lebih longgar.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan