AM

Bomba Kelantan serah bas kepada JKNK bantu program vaksinasi

04/07/2021 06:35 PM

KOTA BHARU, 4 Julai -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan hari ini menyerahkan sebuah bas khusus untuk digunakan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bagi membantu dalam melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Zainal Mandasin berkata ia bertujuan membantu JKNK dalam menjalankan program vaksinasi terhadap orang ramai, terutama dalam kalangan mereka yang berada di kawasan pedalaman.

"Program vaksinasi menggunakan bas ini akan dikendalikan dua anggota bomba bagi memastikan pelaksanaannya dapat dipercepatkan," katanya selepas majlis penyerahan bas kepada Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin di perkarangan JBPM Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.

Beliau berkata bas berkenaan sebelum ini digunakan bagi membantu pihaknya dalam menjayakan aktiviti  pameran mencegah kebakaran.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan