EKONOMI

Keuntungan bersih suku ketiga Scientex meningkat kepada RM109.9 juta

23/06/2021 07:18 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jun  -- Keuntungan bersih Scientex Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 April 2021 meningkat kepada RM109.88 juta berbanding RM69.63 juta pada tempoh sama setahun lepas.

Menurut kenyataan syarikat itu kepada Bursa Malaysia pada Rabu, perolehan hasilnya turut bertambah kepada RM976.80 juta daripada RM772.23 juta sebelum ini.

Keputusan berkenaan dipacu oleh prestasi lebih baik yang dicatatkan oleh bahagian pembungkusan dan hartanah dalam suku berkenaan berbanding tempoh sama sebelum ini.

Menurut Scientex, walaupun persekitaran ekonomi global terus pulih khususnya negara-negara utama, pemulihan beberapa negara lain masih terjejas akibat peningkatan semula pandemik yang melibatkan varian baharu.

“Berikutan itu, keberkesanan membendung pandemik ini serta potensi risiko pasaran kewangan yang tidak menentu akan terus memberi kesan ke atas ekonomi global.

"Selain itu, usaha pemberian suntikan vaksin yang dilaksanakan di peringkat global juga dijangka merangsang sentimen apabila keyakinan terhadap pasaran kembali secara beransur-ansur,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan