Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 23 Jun -- Jumlah kes COVID-19 di India melebihi 30 juta pada Rabu selepas 50,848 lagi jangkitan baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Jumlah kematian baharu pula 1,358, menjadikan jumlah terkumpul setakat ini seramai 390,660, menurut data Kementerian Kesihatan.
Walaupun India telah menyaksikan penurunan kes dalam beberapa hari lalu, timbul kebimbangan berikutan kemunculan virus Delta Plus.
Kerajaan persekutuan mengeluarkan amaran di negeri Maharashtra, Kerala dan Madhya Pradesh selepas banyak kes dikesan membabitkan virus baharu itu.
Dikenali "varian of concern", kerajaan meminta semua negeri untuk segera mengambil langkah pencegahan,meningkatkan saringan, pengesanan dan vaksinasi di daerah yang terjejas.
Delta Plus ialah strain mutan baharu dari varian Delta yang pertama kali dikesan di India dan mudah merebak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial