BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
PUTRAJAYA, 23 Jun -- Pemain industri di Malaysia membelanjakan RM2.89 bilion bagi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2019, iaitu 7.0 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang dibelanjakan pada 2018, menurut Laporan Survei Perbelanjaan Perlindungan Alam Sekitar 2020.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pengurusan pencemaran mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2019 iaitu RM2,021.2 juta atau 70.1 peratus.
Ia diikuti pengurusan sisa dengan RM751.7 juta atau 26.1 peratus serta penilaian dan caj alam sekitar RM64.9 juta atau 2.3 peratus, katanya dalam kenyataan hari ini, mengulas mengenai laporan itu.
Mohd Uzir berkata sektor pembuatan kekal mendominasi perbelanjaan perlindungan alam sekitar pada 2019 iaitu dengan nilai perbelanjaan RM2,181.3 juta atau 75.6 peratus, manakala sektor perkhidmatan membelanjakan RM413.8 juta atau 14.3 peratus dan pembinaan (RM161.2 juta) atau 5.6 peratus.
Di peringkat negeri, beliau berkata Johor mencatatkan perbelanjaan perlindungan alam sekitar terbesar iaitu RM678.5 juta, diikuti Selangor (RM543.5 juta) dan Kuala Lumpur (RM292.6 juta) Ketiga-tiga negeri ini menyumbang 52.5 peratus daripada jumlah perbelanjaan," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial