SHAH ALAM, 22 Jun -- Seorang pemandu peribadi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganiaya anak perempuannya yang berumur 11 tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Bapa kandung mangsa itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Lelaki berumur 45 tahun itu didakwa menganiaya anak sulungnya di sebuah unit pangsapuri di sini pada kira-kira pukul 7.05 petang, 26 Mei lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Afiqah Abdul Ghaffar manakala tertuduh diwakili peguam Shalehhuddin Salam.
Terdahulu, bapa tiga orang anak itu dilihat menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.
Rozilah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diingatkan supaya tidak mengganggu mangsa. Kes akan disebut semula 11 Ogos nanti.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial