KUALA LUMPUR, 22 Jun -- Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.
Data John Hopkins Coronavirus Resource Center menunjukkan terdapat 178,688,461 kes COVID-19 dan 3,870,576 kematian.
Sejumlah 2,638,880,807 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini.
Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi, dengan angka korban di AS melebihi 500,000 pada Sabtu. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.
Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 20 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.
NEGARA |
JUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif) |
KES BAHARU (setakat 21 Jun) |
KEMATIAN (Kumulatif)
|
% PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN (Setakat 21 Jun) |
AS | 33,554,027 | 3,892 | 602,086 | 45.71 % |
INDIA | 29,935,221 | 53,449 | 388,135 | 3.64% |
BRAZIL | 17,927,928 | 44,178 | 501,825 | 11.48% |
PERANCIS | 5,819,584 | 1,816 | 110,940 | 24.94% |
TURKI | 5,375,593 | 5,091 | 49,236 | 17.37% |
UK | 4,656,535 | 9,077 | 128,245 | 47.06% |
INDONESIA | 2,004,445 | 14,536 | 54,956 | 4.52% |
FILIPINA | 1,364,239 | 6,944 | 23,749 | N/A |
MALAYSIA | 701, 019 | 5,293 | 4,611 | 5.05% |
THAILAND | 221,306 | 3,175 | 1,658 | 3.92% |
SINGAPURA | 62,430 | 16 | 35 | 34.91% |
VIETNAM | 13,483 | 280 | 69 | 0.13% |
Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. -- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial