DUNIA

COVID: Lelaki 44 tahun kematian terbaharu di Singapura

22/06/2021 11:55 AM

Oleh Massita Ahmad

SINGAPURA, 22 Jun -- Seorang lelaki berusia 44 tahun yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Singapura menjadikan jumlah kematian terkini kepada 35 orang.

Dalam data lengkap yang dikeluarkan lewat malam tadi, Kementerian Kesihatan menyatakan lelaki itu dimasukkan ke Hospital Alexandra pada 25 Mei, dan disahkan dijangkiti COVID-19 keesokan harinya.

Dirujuk sebagai Kes 63752, Penduduk Tetap Singapura itu meninggal dunia pada 20 Jun.

"Beliau belum menerima vaksin, dan memilliki sejarah penyakit diabetes melitus," tambahnya.

Kali terakhir Singapura melaporkan kematian akibat virus itu ialah pada 8 Jun itu iaitu kes ke-34. 

Sementara itu, tiga rakyat Malaysia adalah antara 16 kes baharu yang dilaporkan semalam dengan satu dikaitkan dengan kluster 115 Bukit Merah View Market & Food Center.

Kes pertama kluster itu melibatkan seorang lelaki Singapura berusia 74 tahun yang bekerja di kedai runcit di 115 Bukit Merah View Market & Food Center. Kluster ini setakat ini mencatatkan 78 kes.

Beliau disahkan positif pada 9 Jun.

Setakat ini, kes COVID-19 terkumpul di sini berjumlah 62,430 dengan 38 kluster terbuka.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan