PUTRAJAYA, 21 Jun -- Permohonan UPUOnline bagi kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program Sijil, Asasi dan Diploma ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam sesi akademik 2021/2022, dilanjutkan sehingga 5 petang, 2 Julai 2021.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini menyatakan, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira faktor kekangan masa yang dihadapi pemohon, termasuk terdapat pelajar yang belum menerima keputusan semakan semula peperiksaan SPM 2020, oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
“Pelanjutan tempoh ini akan membolehkan pelajar mengemas kini permohonan dan memilih program pengajian di UPUOnline,” kata KPT yang menyarankan pemohon melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
KPT sebelum ini mengumumkan pembukaan semula permohonan tersebut mulai 15 hingga 21 Jun.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial