AM

PKPD di beberapa lokaliti di Johor, Sabah dan Pahang mulai 22 Jun

20/06/2021 08:35 PM

KUALA LUMPUR, 20 Jun -- Beberapa kawasan di Johor, Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai Selasa ini (22 Jun) hingga 5 Julai depan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata di Johor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Makam dan Kampung Sawah Datok di mukim Tenglu, Mersing. 

"Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan terdapat peningkatan kes COVID-19 di keempat-empat lokaliti tersebut di mana 54 kes positif telah direkodkan hasil daripada 268 ujian saringan yang dijalankan.

“Di Sabah pula, lokaliti terlibat ialah Kampung Skim Pamalan di Keningau, Kampung Jaya Baru di Kunak, Taman Wijaya Park di Kota Kinabalu, Kampung Serudung Baru di Tawau dan Ladang Brumas di Kalabakan.

“Di Kampung Skim Pamalan, terdapat peningkatan kes COVID-19 dengan 30 kes positif direkodkan hasil 339 ujian saringan yang dijalankan, iaitu kadar positiviti 8.84 peratus,”  menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan