Oleh Melati Mohd Ariff
Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 12 Jun hingga pukul 8:30mlm 18 Jun 2021.
Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 680 ribu. Di peringkat global, lebih 178 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 3.8 juta. Lebih 162 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah.
KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kadar kesembuhan tinggi pesakit COVID-19 menurunkan jumlah kes aktif koronavirus maut dalam negara dan setakat hari ini, jumlah yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak 65,602 kes.
Ini berbanding jumlah kes aktif tertinggi yang dilaporkan pada 6 Jun 2021 sebanyak 86,628 .
Pada Jumaat 18 Jun 2021, jumlah kes sembuh baharu adalah sebanyak 6,861 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 615,326 (89.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Jumlah kes sembuh tertinggi direkod pada Sabtu 12 Jun 2021 iaitu sebanyak 8,334 kes.
Rekod kes sembuh baharu sepanjang Rangkuman Mingguan Bernama 12 Jun -18 Jun 2021 (Rangkuman Mingguan) seperti berikut:-
12 Jun (8,334 kes), 13 Jun (8,163 kes), 14 Jun (6,588 kes), 15 Jun (6,831 kes), 16 Jun (7,240 kes), 17 Jun (7,530 kes) dan 18 Jun (6,861 kes).
pic-2
Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, kes harian baharu stabil di bawah enam ribu kecuali pada hari ini (18 Jun 2021) iaitu sebanyak 6,440 kes, sementara kes kumulatif sebanyak 685,204 kes.
Selangor terus mencatat kes harian baharu tertinggi dan hari ini merekod sebanyak 2,095 kes diikuti Negeri Sembilan 870 kes dan WP Kuala Lumpur 816 kes.
Malaysia mencatat angka kes harian baharu paling rendah pada Isnin 14 Jun sebanyak 4,949 kes.
Kali terakhir Malaysa mencatat angka kes harian dalam lingkungan empat ribu adalah pada 18 Mei 2021 sebanyak 4,865 kes.
Perkembangan ini semestinya memberi harapan penularan wabak koronavirus maut ini dapat dikawal dengan perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) mulai 1 Jun lepas. Fasa 1 SPP yang berakhir 14 Jun disambung untuk dua minggu sehingga 28 Jun 2021.
Malaysia dikejutkan dengan 9,020 kes harian baharu COVID-19 pada 29 Mei 2021, yang tertinggi direkod wabak koronavirus maut ini pertama kali dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020.
Rekod kes harian baharu sepanjang Rangkuman Mingguan ini:-
12 Jun (5,793 kes), 13 Jun (5,304 kes), 14 Jun (4,949 kes), 15 Jun (5,419 kes), 16 Jun (5,150 kes), 17 Jun (5,738 kes) dan 18 Jun (6,440 kes).
Jumlah kes COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 894 kes dan 451 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dengan 685,204 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 38 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Switzerland (701,454 kes).
KLUSTER TEMPAT KERJA, KLUSTER KOMUNITI
pic-3
Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (12 -18 Jun 2021), tempat kerja terus menjadi lokasi penularan kes COVID-19. Daripada sebanyak 23 kluster baharu yang dilaporkan oleh KKM semalam, sebanyak 17 kluster melibatkan tempat kerja.
KKM sebelum ini melaporkan, sehingga 14 Jun 2021, terdapat sejumlah 1,328 kluster tempat kerja dan daripada 624,246 individu yang disaring dalam kluster berkenaan, sebanyak 147,040 kes dikesan positif COVID-19.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar KPK 14 Jun 2021 - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia, kebanyakan kes-kes positif yang dilaporkan dalam kategori kluster tempat kerja ini terdiri daripada bukan warganegara Malaysia iaitu sebanyak 100,086 kes (68 peratus) berbanding warganegara iaitu sebanyak 46,954 kes (32 peratus).
Sektor pengilangan melaporkan jumlah kes tertinggi dalam kategori kluster tempat kerja, iaitu sebanyak 95,156 kes melibatkan 639 kluster.
Secara keseluruhan, sehingga 18 Jun 2021, Malaysia mencatat sejumlah 2,580 kluster dan sebanyak 1,770 daripadanya ditamatkan, sementara 810 kluster masih aktif.
Rekod kluster baharu dan kluster yang berkaitan sepanjang Rangkuman Mingguan ini-
12 Jun - 24 kluster (tempat kerja 15, komuniti 7 dan pusat tahanan 2);
13 Jun - 15 kluster (tempat kerja 11, komuniti 3 dan pendidikan 1);
14 Jun - 17 kluster (tempat kerja 12, komuniti 4 dan kumpulan berisiko tinggi 1);
15 Jun - 19 kluster (tempat kerja 14, komuniti 4 dan kumpulan berisiko tinggi 1);
16 Jun - 19 kluster (tempat kerja 10, komuniti 5 dan kumpulan berisiko tinggi 4);
17 Jun - 25 kluster (tempat kerja 20, komuniti 4 dan pendidikan 1); dan
18 Jun - 23 kluster (tempat kerja 17, komuniti 4, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1).
Sebagai usaha membendung penularan Covid-19 di tempat kerja, kerajaan pada 16 Jun 2021 melancarkan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik berkata, PIKAS berupaya mengawal penularan kes Covid-19 di sektor perkilangan dan pembuatan, sekali gus membantu kelancaran Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Sementara itu, laporan kluster baharu KKM turut menunjukkan peningkatan kluster komuniti. Antara kluster komuniti yang mencatat kes yang tinggi dilaporkan pada 15 Jun, di WP Kuala Lumpur iaitu Kluster Desa Rejang, Titiwangsa, dengan 260 kes positif daripada 491 individu yang disaring. Berikutnya Perumahan Awam Desa Rejang ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 18 Jun hingga 1 Julai 2021.
Sarawak melaporkan satu kluster komuniti pada 16 Jun dengan kes yang tinggi iaitu Kluster Gran Stumbin, Sri Aman, Sarawak, melibatkan 82 kes positif daripada 620 individu yang disaring.
Kluster yang melibatkan beberapa buah rumah panjang di penempatan Gran Stumbin, Tanjung Bijat, Sri Aman berpunca dari pergerakan sosial serta kontak rapat dalam kalangan penduduk di kawasan Gran Stumbin selepas menghadiri satu upacara pengebumian di salah sebuah rumah panjang tersebut pada 6 Jun lalu.
PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA
pic-4
Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar KPK mengenai Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia pada Khamis 17 Jun 2021 melaporkan sebanyak 74 lagi kes kematian, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 4,276 kes (0.62 peratus).
Rekod kes kematian sepanjang Rangkuman Mingguan ini:-
12 Jun - 76 kes (76 WN); BID 13
13 Jun - 64 kes (61 WN, 3 BWN); BID 11
14 Jun - 60 kes (58 WN, 2 BWN); BID 9
15 Jun - 101 kes (98 WN, 3 BWN); BID 16
16 Jun - 73 kes (62 WN, 11 BWN); BID 15
17 Jun - 60 kes (58 WN, 2 BWN); BID 9 dan
18 Jun - 74 kes (68WN, 6 BWN); BID 13.
*WN = warganegara *BWN = bukan warganegara
*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.
Selangor masih mencatat kes kematian tertinggi sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, seperti berikut:-
12 Jun (27 kes), 13 Jun (15 kes), 14 Jun (18 kes), 15 Jun (50 kes), 16 Jun (33 kes), 17 Jun (20 kes) dan 18 Jun (28 kes).
KES PENULARAN TEMPATAN
pic-5
Penularan tempatan masih membelenggu kes harian baharu COVID-19 di Malaysia sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini.
Berikut adalah data yang menunjukkan keseluruhan situasi kes baharu, berdasarkan makluman KKM sepanjang Rangkuman Mingguan ini:-
12 Jun - Kes baharu : 5,793 kes; Kes tempatan : 5,787 kes [4,851 warganegara (83.8%); 936 bukan warganegara (16.2%)]; Kes import : 6 kes (4 warganegara; 2 bukan warganegara);
13 Jun - Kes baharu : 5,304 kes; Kes tempatan : 5,299 kes [4,146 warganegara (78.2%); 1,153 bukan warganegara (21.8%)]; Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
14 Jun - Kes baharu : 4,949 kes; Kes tempatan : 4,943 kes [4,019 warganegara (81.3%); 924 bukan warganegara (18.7%)]; Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
15 Jun - Kes baharu : 5,419 kes; Kes tempatan : 5,413 kes [4,510 warganegara (83.3%); 903 bukan warganegara (16.7%)]; Kes import : 6 kes (4 warganegara; 2 bukan warganegara);
16 Jun - Kes baharu : 5,150 kes; Kes tempatan : 5,147 kes [4,304 warganegara (83.6%); 843 bukan warganegara (16.4%)]; Kes import : 3 kes (3 warganegara);
17 Jun - Kes baharu : 5,738 kes; Kes tempatan : 5,735 kes [4,522 warganegara (78.8%); 1,213 bukan warganegara (21.2%)]; Kes import : 3 kes (3 bukan warganegara);
18 Jun - Kes baharu : 6,440 kes; Kes tempatan : 6,435 kes [4,662 warganegara (72.4%); 1,773 bukan warganegara (27.6%)]; Kes import : 5 kes (2 warganegara, 3 bukan warganegara);
Sementara itu, Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di Facebook peribadinya pada 18 Jun 2021 mengumumkan, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 18 Jun 2021 untuk seluruh negara kekal 0.95. Untuk rekod, Ro di bawah 1.0 ini secara konsistennya dicatat sejak 6 Jun 2021.
Negeri yang mencatat Ro/Rt tertinggi adalah Negeri Sembilan 1.08, WP Labuan 1.00 dan Sabah 1.00.
R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Sebelum ini, kadar Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.
PERINCIAN KES COVID-19 DI MALAYSIA
pic-6
Berdasarkan perincian KKM untuk 6,440 kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan KKM pada Jumaat 18 Jun 2021, Selangor terus menyumbang kes terbanyak empat angka iaitu 2,095 kes. Sebanyak 1,198 kes daripadanya kontak rapat.
Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan ini, kes harian baharu COVID-19 di Selangor adalah seperti berikut:-
12 Jun (1,582 kes), 13 Jun (1,973 kes), 14 Jun (1,523 kes), 15 Jun (1,996 kes), 16 Jun (1,914 kes), 17 Jun (1,743 kes) dan 18 Jun (2,095 kes).
Negeri yang mencatat kes harian baharu tiga angka - Negeri Sembilan 870 kes, WP Kuala Kumpur 816 kes, Johor 592 kes, Sarawak 536 kes, Perak 357 kes, Melaka 223 kes, Kelantan 200 kes, Sabah 199 kes, Kedah 159 kes, WP Labuan 152 kes dan Pulau Pinang 122 kes.
Kes harian baharu dua angka - Pahang 79 kes dan Terengganu 32 kes.
Kes harian baharu satu angka -WP Putrajaya 6 kes dan Perlis 2 kes.
STATISTIK GLOBAL COVID-19
pic-7
Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah 178,276,440 kes (rangkuman minggu lalu 175,686,673 kes) dengan 3,859,589 kematian (minggu lalu 3,790,463 kes kematian). Jumlah pesakit sembuh seramai 162,779,900 orang berbanding minggu lalu seramai 159,246,954 kes.
Sebanyak 216 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Turki, Rusia, United Kingdom, Itali, Argentina dan Colombia.
Pecahan kes COVID-19 dan jumlah kematian adalah seperti berikut:-
Amerika Syarikat 34,377,592 kes (616,440 kematian);
India 29,762,793 kes (383,521 kematian);
Brazil 17,704,041 kes (496,172 kematian);
Perancis 5,749,691 kes (110,634 kematian);
Turki 5,354,153 kes (49,102 kematian);
Rusia 5,281,309 kes (127,992 kematian);
United Kingdom 4,600,623 kes (128,445 kematian);
Itali 4,249,755 kes (127,190 kematian);
Argentina 4,222,400 kes (87,789 kematian);
Colombia 3,859,824 kes (98,156 kematian).
Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tempat 99 dengan 91,534 kes. Angka kematian kekal 4,636.
Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina dan Myanmar turut menyertai senarai 95 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.
Indonesia di tangga 18 - 1,963,266 kes (54,043 kematian);
Filipina di tangga 24 - 1,346,276 kes (23,385 kematian);
Thailand di tangga 78 - 210,782 kes (1,577 kematian)
Myanmar di tangga 86 - 146,768 kes (3,250 kematian);
Singapura di tangga 110 - 62,382 kes (34 kes kematian);
Kampuchea di tangga 115 - 41,581 kes (394 kes kematian);
Vietnam di tangga 149 - 12,352 kes (62 kes kematian);
Laos di tangga 189 - 2,047 kes (3 kes kematian);
Brunei di tangga 203 - 250 kes (3 kes kematian).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUANGAN SISI
LATAR BELAKANG COVID-19
-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.
-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.
-- Menurut WHO, pihak berkuasa China pada 7 Jan lalu mengesahkan koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.
-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.
-- Pegawai kesihatan China mengenal pasti Pasar Huanan Seafood di pusat bandar Wuhan sebagai lokasi bermulanya penyebaran wabak ini kerana terdapat jualan membabitkan daging haiwan eksotik di pasar tersebut seperti musang, serigala, buaya, ular, tikus, burung merak, landak dan unta.
-- Laporan dari Wuhan pada Selasa 11 Feb menyebut data terbaharu berdasarkan penyelidikan membabitkan lebih 1,000 pesakit COVID-19 di China mendapati tempoh inkubasi virus itu boleh mencecah 24 hari, bukannya 14 hari seperti yang dipercayai sebelum ini.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.
-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).
-- Wabak Selesema Babi berlaku antara Januari 2009 dan Ogos 2010 menyaksikan lebih 1.6 juta kes dikesan dengan 18,449 kematian. Ia mula dikesan di Mexico dan kemudiannya di Amerika Syarikat pada Mac 2009.
-- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran pandemik COVID-19 akan mengheret ekonomi global kepada penguncupan ekonomi paling teruk sejak Zaman Kemelesetan The Great Depression.
-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
-- Khamis 30 Julai genap enam bulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengisytiharkan Darurat Kesihatan Awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus yang dikenali kemudian sebagai COVID-19.
-- Pengumuman yang dibuat itu adalah yang ke-enam dibuat oleh Pertubuhan itu tetapi yang terburuk. Untuk rekod, pengumuman lalu ialah bersabit H1N1 (2009), Polio dan Ebola di Afrika Barat (2014), Zika (2016) dan Ebola di Republik Congo (2019).
-- Di UK, varian baru COVID-19 yang dikenali sebagai B117 dilaporkan 70 peratus lebih mudah merebak. Mula dikesan pada September 2020.
-- Afrika Selatan juga mengenalpasti varian baharu novel coronavirus, dirujuk sebagai "501Y.V2". pada awal Oktober 2020.
-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).
WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.
Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2).
Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial