DUNIA

5G+Internet Perindustrian, sektor paling dinamik

16/06/2021 02:51 PM

BEIJING, 16 Jun -- Kementerian Industri dan Maklumat China memberitahu bahawa pembinaan infrastruktur baharu di negara Tembok Besar itu sedang dipergiat.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Telekomunikasi, Lu Chuncong menyatakan projek berkaitan “5G+Internet Perindustrian” yang sedang dibina di seluruh China telah melebihi 1,500, sekali gus memperlihatkan ia sebagai antara sektor paling dinamik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Internet Perindustrian Sedunia 2021 yang bertemakan "era baharu, pola baharu, perjalanan baharu, modenisasi rantai industri dipicu internet perindustrian" di sini, pada Selasa.

Sementara itu, menurut Lu, lebih 100 wahana internet perindustrian telah diwujudkan di China merangkumi 14 sektor penting seperti kenderaan, digital, aeroangkasa dan keluli.

Difahamkan pada sidang kali ini, peserta turut membincangkan topik berkenaan transformasi digital syarikat, 5G+internet perindustrian, pembangunan inovasi internet perindustrian, keselamatan internet perindustrian, dan kerjasama antarabangsa.

Peserta turut berkongsi pengalaman praktikal masing-masing dalam bidang internet perindustrian.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan