EKONOMI

Kawan Food gantung sementara operasi susulan kes positif COVID-19

14/06/2021 10:10 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun -- Kawan Food Bhd menggantung operasinya buat sementara waktu berikutan 78 kes positif COVID-19 disahkan dalam kalangan pekerja bahagian operasi anak syarikat milik penuhnya, Kawan Food Manufacturing Sdn Bhd.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata ia menerima surat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menggantung operasinya bermula hari ini hingga 21 Jun, 2021.

Syarikat itu berkata ia telah melaksanakan semua prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan di bahagian operasi, premis dan asrama termasuk penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu, penjagaan kebersihan yang betul, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE), sanitasi yang kerap dan mengehadkan lawatan daripada orang luar.

“Tertakluk kepada arahan selanjutnya daripada KKM, kilang tersebut dijangka menyambung semula operasi secara berperingkat bermula 22 Jun, 2021. Kilang pengeluaran di China tidak terjejas dan beroperasi sepenuhnya,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan