AM

Hanya Jalan Sungai Pencala 11, 12 Dan 12(A) dikenakan PKPD - Polis

14/06/2021 05:41 PM

KUALA LUMPUR, 14 Jun -- Hanya kawasan di Jalan Sungai Pencala 11, 12 dan 12(A) di Kampung Sungai Penchala di sini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Khamis lepas hingga 23 Jun.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata PKPD hanya dilaksanakan di tiga kawasan berkenaan dan bukan di keseluruhan Kampung Sungai Penchala.

Beliau berkata setelah lima hari pelaksanaan PKPD di Kampung Sungai Penchala didapati masih terdapat kekeliruan dalam kalangan penduduk setempat mengenai lokasi tepat PKPD ini.

Anuar berharap penjelasan berkenaan akan memudahkan pergerakan keluar masuk penduduk sekitarnya terutama untuk tujuan bekerja. 

"Bagaimanapun, penduduk diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang telah dikeluarkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di kawasan yang tidak terlibat dengan PKPD," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 Jun lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Kampung Sungai Penchala diletakkan di bawah PKPD bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko, keluar dari lokaliti tersebut selain memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengesanan awal kes.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan