AM

Kira-kira 50 peratus anggota penguat kuasa KPDNHEP sudah divaksin - Rosol

12/06/2021 07:17 PM

SUNGAI BESAR, 12 Jun  -- Kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan 2,200 anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menerima suntikan vaksin COVID-19 sejak April lepas, kata Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid.

Beliau berkata kesemua mereka menerima suntikan itu menerusi fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bermula 19 April lepas.

Menurutnya KPDNHEP mengemukakan permohonan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memasukkan anggota penguat kuasa terbabit dalam senarai petugas barisan hadapan.

“Keutamaan diberikan kepada mereka (anggota penguat kuasa KPDNHEP) kerana mereka sering berdepan dengan orang awam," katanya yang ditemui pemberita selepas melakukan pemeriksaan bekalan minyak masak dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pasar raya di sini hari ini.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan