BERITA COVID–19   COVID: Lelaki 44 tahun kematian terbaharu di Singapura | Program turun padang, lembutkan warga emas terima vaksin | Mulai Selasa, hanya individu positif COVID-19 menerusi ujian RT-PCR dimasukkan ke PKRC Kelantan | MAECC gesa kerajaan percepat kelulusan penggunaan Ivermectin untuk rawat COVID-19 | COVID: 398,846 kes sporadik direkodkan sejak 1 Jan hingga 19 Jun | 
AM

Menteri Kanan Kerja Raya positif COVID-19, akan jalani kuarantin di rumah

11/06/2021 05:13 PM

KUALA LUMPUR, 11 Jun  -- Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian saringan malam tadi.

Kementerian Kerja Raya dalam satu kenyataan hari ini menyebut Fadillah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dibuat Pejabat Menteri Kanan Kerja Raya dari semasa ke semasa.

Menurut kenyataan itu, Fadillah sebelum ini sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lepas.

“Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah SWT mempermudah urusan semua yang terlibat,” menurut kenyataan itu. 

Kenyataan itu menyebut Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah disebabkan tidak mempunyai sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Sepanjang tempoh kuarantin, beliau akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan