KUALA LUMPUR, 11 Jun -- GIB Capital Group melabur US$500,000 (US$1 = RM4.11) melalui kerjasama dana amanah dengan Digital Bank Exchange Asia untuk menubuhkan pusat keselamatan siber baharu di Kuala Lumpur dan Kemboja.
Ketua Pegawai Eksekutif Michael Thompson berkata Malaysia dan Kemboja telah mengalami peningkatan ancaman dan serangan siber yang memerlukan kehadiran keselamatan siber yang lebih meluas di lokasi-lokasi ini.
“Pakar keselamatan siber di GIB Capital Group telah melaksanakan teknologi 'blockchain' untuk meningkatkan enkripsi data masa depan.
"Selain itu, sistem yang berkuasa di pusat itu turut memastikan keselamatan data yang dienkripsi pengguna sebaik sahaja mereka log masuk," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Thompson berkata pendekatan baharu seperti pemindahan data awan dan kriptografi moden telah dilaksanakan untuk mengekalkan sistem keselamatan baharu mereka.
“Justeru, kemudahan di Malaysia dan Kemboja dilengkapi dengan makmal rangkaian dengan pakar keselamatan siber dapat memantau seluruh sistem untuk sebarang ancaman dan pada masa sama memberikan pandangan daripada perkhidmatan yang disediakan oleh GIB Capital Group," tambahnya.
Sementara itu, Pengarah Bersekutu Digital Bank Exchange Asia Colson Baker berkata syarikat itu berhasrat untuk menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya mengekalkan teknologi keselamatan siber yang terkini..
"Kami komited untuk memberikan yang terbaik bagi memenuhi keperluan industri moden hari ini sambil membantu pengguna saling berhubung dan log masuk dengan mudah,” tambahnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial