DUNIA

Romania akan keluarkan sijil digital COVID-19 mulai 1 Julai 

10/06/2021 06:57 PM

BUCHAREST, 10 Jun -- Romania akan mula mengeluarkan sijil digital COVID-19 mulai 1 Julai, lapor Agerpress memetik pegawai Kementerian Kesihatan, Andrei Baciu pada Khamis.

“Sijil itu akan mula dikeluarkan pada 1 Julai bertujuan untuk memudahkan perjalanan antara negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

"Kerajaan Romania akan melaksanakannya, sijil yang mempunyai maklumat mengenai (vaksinasi, ujian saringan atau sembuh) itu boleh dimuat turun di laman web khas bermula 1 Julai.

"Selain itu kod QR juga boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk sempadan,” kata Baciu kepada Senat.

Buat masa ini sembilan negara turut bersetuju untuk menggeluarkan sijil itu. Pada 9 Jun lalu langkah penggeluaran sijil berkenaan mendapat kelulusan sebulat suara Parlimen EU.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan