JIUQUAN, 10 Jun -- China bersiap sedia untuk melancarkan kapal angkasa Shenzhou-12 apabila roket pembawanya, Long March-2F Y12 selamat dipindahkan ke lokasi pelancaran di sini pada Rabu.
Menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA), kapal angkasa itu akan menjalani pelbagai ujian fungsi sebelum dilancarkan.
Terdahulu, timbalan ketua pereka projek angkasa lepas bermanusia, Yang Liwei memaklumkan rancangan menghantar tiga angkasawan ke angkasa lepas menggunakan Shenzhou-12 bulan ini.
Anak kapal berkenaan akan ditempatkan di modul teras stesen angkasa Tianhe untuk menjalankan misi selama tiga bulan merangkumi penyenggaraan luar kabin, penggantian peralatan dan lain-lain.
Menurut jadual, China dijangka melancarkan kapal angkasa kargo Tianzhou-3 dan kapal angkasa pembawa angkasawan Shenzhou-13 masing-masing pada September dan Oktober.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial