BERITA COVID–19   KWP sedia PKRCS percuma buat penduduk PPR, PA | Ibu Pejabat Lebuhraya PLUS jadi PPV | Pasukan Bertindak Khas GKV aktifkan CAC maya | Kluster tempat kerja catat jumlah kes COVID-19 tertinggi - Tengku Zafrul | Tambah baik PPN, isu kesusahan rakyat jadi tumpuan Dewan Rakyat | 
EKONOMI

MTDC bekerjasama dengan MyFinB, EAC untuk memacu data raya dan analisis

08/06/2021 05:25 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Malaysian Technology Development Corporation Sdn Bhd (MTDC) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tiga pihak dengan dua syarikat berkaitan teknologi untuk bersama-sama membangunkan dan memacu Pusat Kecemerlangan maya bagi Inovasi Kecerdasan Buatan (CEAI) di Centre of 9 Pillars (Co9P) MTDC.

Syarikat-syarikat itu adalah MyFinB (M) Sdn Bhd dan Expert Analytic Centre (M) Sdn Bhd (EAC).

Dalam kenyataan hari ini, MTDC berkata CEAI akan menjadi pusat strategik untuk menjalankan penyelidikan, reka bentuk dan kemajuan data raya dan analisis yang dipacu AI, serta membangunkan keupayaan dalaman bagi MTDC dalam AI dan analisis data.

“MoU itu akan membolehkan ketiga-tiga pihak untuk bekerjasama dalam bidang AI, analisis data dan teknologi.

“Ia juga akan meningkatkan kesedaran dan mendidik orang awam, agensi dan perniagaan di Malaysia mengenai penggunaan AI, analisis data dan teknologi untuk transformasi organisasi,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga organisasi itu komited untuk berkongsi pengetahuan, amalan terbaik, kajian kes dan pengalaman mengenai bagaimana AI digunakan.

Ketua Pegawai Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata kerjasama ketiga-tiga pihak itu akan meningkatkan potensi besar untuk membangunkan tenaga kerja tempatan agar celik Industri 4.0 (Industry4WRD) dan mempercepatkan langkah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mencapai agenda transformasi digital negara sebagai sebahagian daripada dasar Industry4WRD.

“Kami berharap kerjasama ini akan membolehkan MTDC memperluaskan tawarannya untuk menyertakan perkhidmatan berasaskan AI dalam tawaran perkhidmatan penasihat dan nilai ditambah tingginya dan latihan berkaitan AI kepada PKS, pelajar, pegawai kerajaan, universiti atau institut penyelidikan serta individu.

Pengerusi MyFinB Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata kerjasama ini akan menyaksikan lebih 10 daripada projek berasaskan AI -- kira-kira sebahagian daripadanya adalah bersedia teknologi tahap 9 -- yang akan menjadi keluaran sampingan kepada syarikat pemula niaga Malaysia yang baharu pada tahun ini.

Sementara itu, Pengarah EAC Razi Pahlavi Abdul Aziz berkata EAC komited untuk menyokong Co9P MTDC dan berhasrat untuk memudahkan industri Malaysia, institusi akademik dan pihak berkepentingan kerajaan untuk bersama-sama membangunkan rangkaian teknologi yang memberi kesan serta boleh membentuk ekonomi dan industri Malaysia.

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan