EKONOMI

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$110.9 bln setakat 31 Mei, 2021

08/06/2021 04:36 PM

KUALA LUMPUR, 8 Jun -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$110.9 bilion setakat 31 Mei, 2021, meningkat daripada US$110.6 bilion pada 12 Mei.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata kedudukan rizab bank pusat mencukupi untuk membiayai import tertangguh 8.4 bulan dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

 Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing  (US$103.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$2.1 bilion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain termasuk SDR bernilai RM460.65 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.86 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.69 bilion).

Bank pusat menambah modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM177.10 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.77 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM145.50 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.95 bilion), lain-lain deposit (RM11.44 bilion), kertas Bank Negara (RM10.32 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.37 bilion).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan