AM

Perak siasat dakwaan pendakwah pengaruh masyarakat berkaitan SOP, antivaksin

04/06/2021 09:08 PM

IPOH, 4 Jun -- Kerajaan Negeri Perak akan menyiasat dakwaan seorang pendakwah yang dipercayai mempengaruhi orang ramai supaya tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mencegah jangkitan COVID-19 ketika beribadat dan menyampaikan ceramah berunsur antivaksin.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata tindakan susulan akan diambil sekiranya dakwaan itu terbukti selepas siasatan selesai.

"Setakat ini saya belum terima sebarang laporan mengenai isu itu dan kita akan siasat terlebih dahulu. Jika sudah siasat pasti ada tindakan susulan. Saya tidak boleh beri kenyataan apa-apa kerana khuatir maklumat itu tidak betul, siasatan harus dibuat terlebih dahulu," katanya.

Beliau yang juga memegang portfolio agama Islam negeri berkata demikian semasa ditanya berhubung perkara itu pada sidang media secara maya di sini hari ini.

Akhbar tempatan melaporkan pendakwah terkenal yang juga pengetua madrasah di Lenggong adalah antara yang dikesan cuba mempengaruhi masyarakat supaya tidak mematuhi SOP ketika beribadat selain menyampaikan ceramah yang berunsurkan antivaksin.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan