Oleh Massita Ahmad
SINGAPURA, 2 Jun -- Lima rakyat Malaysia adalah antara 18 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada 1 Jun, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu.
Tiga daripadanya mempunyai kaitan dengan tiga kluster berbeza sementara dua dikategorikan sebagai kes tidak berkaitan buat masa ini, memetik data kementerian yang dikeluarkan lewat malam tadi.
Sehingga tengah hari Selasa, Singapura melaporkan sejumlah 62,069 kes, 43 kluster terbuka dengan yang terbesar melibatkan Terminal Lapangan Terbang Changi iaitu tiga kluster dan 108 kes.
Kini terdapat 217 pesakit masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil atau bertambah baik.
Sementara dua lagi pesakit dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi dan 11 lagi memerlukan sokongan oksigen.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial