BERITA TERGEMPAR   Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | 
 JENAYAH & MAHKAMAH

Bangunan kilang sabun dan syampu musnah terbakar

02/06/2021 03:40 AM

SHAH ALAM, 1 Jun -- Sebuah bangunan kilang membuat sabun dan syampu di Seksyen U15 di sini musnah terbakar dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang tadi, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor. 

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Hafisham Mohd Noor berkata sebuah lagi bangunan kilang syarikat tersebut turut mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata kebakaran kilang yang berkeluasan 20x20 kaki per segi setiap satu itu walau bagaimanapun tidak melibatkan mangsa.

“JBPM menerima panggilan pada 5.06 petang dan kami sampai ke lokasi pada 5.16 petang dan balai yang terlibat dalam operasi pemadaman adalah Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dan BBP Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan