PUTRAJAYA, 31 Mei -- Tujuh komoditi ditawarkan di kesemua 43 Pasar Segar Terkawal (PST) seliaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang beroperasi ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bermula esok.
FAMA dalam satu kenyataan memaklumkan komoditi itu ialah sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan dan hasil laut, daging, barangan runcit serta barangan asas tani.
“PST itu terdiri daripada 24 Pasar Tani Kekal, tiga MyFarm Outlet, 14 Pusat Operasi FAMA dan dua Agrobazaar,” menurut FAMA dalam kenyataan itu.
Pasar Tani Kekal, MyFarm Outlet dan Agrobazaar beroperasi bermula 6 pagi hingga 4 petang manakala Pusat Operasi FAMA bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari.
Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat mengenai tarikh dan waktu operasi PST boleh melayari pautan www.fama.gov.my/faq.
FAMA memaklumkan operasi PST itu turut menawarkan pembelian secara dalam talian dengan pesanan boleh dibuat sebelum pengoperasian PST sama ada melalui platform media sosial, eWallet atau eDagang dan membuat bayaran terus secara dalam talian atau pembayaran tunai semasa serahan (COD).
"Pengguna juga boleh membuat pilihan untuk mendapatkan pesanan yang ditempah melalui kaedah pengambilan di lokasi yang ditetapkan (pick-up point), penghantaran melalui penghantar atau dropship," menurut FAMA.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial