AM

PPV kedua dibuka di daerah Kerian 3 Jun

25/05/2021 07:09 PM

PARIT BUNTAR, 25 Mei-- Sebuah lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di daerah Kerian pada 3 Jun ini, sekali gus membantu lebih penduduk mendapatkan suntikan vaksin, kata Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri.

Beliau berkata PPV berkenaan yang akan beroperasi di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin, PPV di Bagan Serai nanti merupakan PPV kedua di daerah Krian, selepas pusat pertama dibuka di Dewan Kerian Permai, di sini, mulai 3 Mei lepas.

“Persiapan pembukaan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Pembukaan PPV itu untuk kemudahan suntikan vaksin dan orang ramai tidak perlu ke PPV di Parit Buntar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri melawat PPV Dewan Kerian Permai di sini hari ini.

Mohd Sabli berkata seramai 41,800 orang atau 30 peratus penduduk di Kerian sudah disuntik sejak 3 Mei hingga 23 Mei lepas dan sejumlah 140,000 daripada 200,000 penduduk Kerian akan menerima vaksin secara berperingkat nanti.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan