KUALA LUMPUR, 20 Mei -- Malakoff Corp Bhd rendah dalam dagangan awal hari ini selepas mencatatkan prestasi kewangan yang rendah pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2021.
Sehingga 11.35 pagi, Malakoff susut setengah sen kepada 81.5 sen dengan 1.16 juta saham diniagakan.
Pengeluar tenaga bebas itu mencatatkan keuntungan bersih yang rendah sebanyak RM60.44 juta pada suku pertama 2021, merosot hampir satu pertiga daripada RM89.18 juta pada tahun sebelumnya, berikutan sumbangan yang rendah daripada kilang arang batu Tanjung Bin Power Sdn Bhd dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd, berdasarkan penurunan harga arang batu.
Dalam tempoh tersebut, perolehan turut merosot kepada RM1.35 bilion daripada RM1.77 bilion, disebabkan pembayaran tenaga yang rendah.
Kenanga Research berkata keuntungan bersih pada suku pertama 2021 sebanyak RM60.4 juta adalah di bawah jangkaannya untuk gangguan berjadual, yang meningkatkan kos operasi dan pengurusan Tanjung Bin Energy dan Tanjung Bin Power, serta pengurangan pembayaran air dan tenaga yang menjejaskan pendapatan syarikat bersekutu.
“Bagaimanapun, kami masih menjangka tahun kewangan 2021 yang lebih baik berikutan tahun kewangan 2020 telah menghadapi gangguan pada separuh kedua tahun itu,” katanya dalam nota penyelidikan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial